
Buat anda yang sukakan aktiviti lasak dan sukakan aktiviti riadah ditempat yang jauh dari kawasan bandar, anda boleh kunjungi Tadoom Hill Resort yang mungkin membuatkan anda berasa sangat teruja dan akan berpuas hati !
Tadoom Hill Resort yang terletak di Banting, Selangor ini mempunyai hampir 40 ekar kawasannya dan terdapat bukit batu kapur,tasik dan pelbagai jenis pokok.
Disekitar Tadoom Hill Resorts ini, terdapat 2 resort dibawahnya iaitu Tadom Base Camp (campsite/dorms) and Tadom Bamboo Village (premium chalets).Untuk memberikan kelainan, resort ini dibina dengan hampir struktur hotel dibina dengan buluh !
Pelbagai kemudahan yang disediakan disini, lebih-lebih lagi bagi mereka yang suka menyelam kerana terdapatnya platform untuk menyelam,kerusi lounge (lexies) yang boleh terapung, buaian Tarzan dan sebagainya. Buat masa ini ada 3 jenis pakej tempat anda berehat yang ditawarkan iaitu Tadom Hammock Sphere, Tadom Tent Sites, Vip Bamboo Hut. Sebelum anda pergi, lebih elok hubungi mereka dahulu untuk membuat tempahan kerana disini selalunya akan penuh.Di sini juga anda boleh melakukan beberapa aktiviti lasak dan mencabar iaitu di Tadom Base. 4 zon disediakan buat anda yang ingin mencabar ketahanan mental dan fizikal!
Mereka menawarkan aktiviti-aktiviti yang selesa,menyeronokkan,dan mencabar.Antara aktiviti yang anda boleh lakukan ialah Zorb balls, bamboo rafts, stand-up-paddle, rock climbing, zip lining dan banyak lagi yang menanti anda.Difahamkan kawasan Tadom Hill Resorts ini dibangunkan dengan bantuan Orang Asli setempat yang pakar dalam membuat sesuatu menggunakan hasil hutan.
Pakej & Harga
Tents : RM240.00 for 2 pax or RM140.00 for 1 pax
Specially designed tents for a chic camping experience under the stars.
Hammocks : RM135 for 1 pax
Parachute material hammocks dengan disediakan sleeping bag.
Day-Groovers : RM90 for 1 pax
Kesemua pakej akan disediakan makan malam dan pagi.
Untuk tempahan sila hantarkan email ke info@tadomhillresorts.com atau PM mereka atau hubungi 017-5525306 semasa hari bekerja (9.30am – 5.30pm).
Apa tunggu lagi moh le ajak kawan dan keluarga datang sini !
No comments:
Post a Comment